BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 28, 2009

Rais Yatim - I have changed my MODE

My brother showed me this clip about one of Malaysia's ministers during a press conference a little while ago. To my shock, Rais Yatim, the one who has been 'preaching' on our people Eastern norms and culture ( especially 'budaya kemelayuan') was seen responding heartlessly (and perhap MIND-lessly) to a reporter from one of Malaysia's leading newspapers, The Star.
So, when we speak in English, does it mean we glorify the Westerners? Datuk Rais, from here, I can guarantee that many BN voters will shy away from you. 2012 ya? A dangerous year it is! Oh have you watched the movie (2012)?

Thursday, November 26, 2009

Ding dong bell, wedding bells are ringing!




It's school break once more and it's time for lovebirds to exchange their marital vows in front of the altar. Brides-to-be must be thinking what kind of dresses would they want to wear on their big day.
At this age, I've started to think about settling down. Therefore I've spent quite amount of time browsing through pictures found online.
I prefer sleeved gowns because wearing one makes a bride looks more decent and demure. I still believe that there's no need to flash off some flesh on one's wedding day!

Picture 1:

Simple and elegant









Picture 2:

1920s are back! Love the veil.




Picture 3:

This reminds me of Shakespeare's Lady Macbeth. Dramatic yet simple, and I can already imagine what type of veil to be worn on the bride!






Picture 4:
Personal favorite, I like the veil!






Picture 5:
Simple and yet not many brides want to wear this style on their big day
:(






Tuesday, November 24, 2009

Generasi yang sopan-santun

We do hear every now and then that youngsters nowadays need to be taught on proper manners. Well, I guess sometimes the older generation should stop 'picking up the bad sides' of the young ones. I was busy snapping some pictures for a friend when a boy meekly emerged with a mop in his hand and began to mop the floor while his friends were doing their gig on the podium. Funny but this really happened before my eyes. Had a great laugh over this picture with my brother.

Anak Raja Soliman





Dahulu, di kepulauan Luzon di Filipina, wujudnya seorang pahlawan yang gagah perkasa bernama Raja Soliman. Sebagai seorang pahlawan yang juga ketua puak yang menghuni di pulau tersebut, Raja Soliman mahsyur dengan perjuangannya demi menjaga Kota Manila daripada dijajah oleh kerajaan Sepanyol. Raja Soliman disegani dan pada masa yang digeruni oleh semua kerana keberaniannya serta kegagahannya dalam menjaga para penduduk di pulau itu.
Raja Soliman juga sangat menyayangi keluarganya. Hasil perkahwinan dengan isterinya, mereka dikurniakan dengan seorang puteri yang diberi nama Puteri Solimya. Puteri Solimya dikasihi dan dijaga bagai minyak yang ditatang terutamanya ayahanda Raja Soliman. Puteri comel itu adalah segala-galanya bagi Raja Soliman dan isterinya.
Tahun demi tahun, Puteri Solimya meningkat remaja dan berubah daripada seorang anak kecil yang comel yang petah berbicara menjadi seorang anak gadis yang begitu cantik serta lemah lembut tutur katanya. Raja Soliman juga semakin sayang akan puteri tunggalnya namun adakalanya baginda risau akan keselamatan anak gadisnya itu. Kecantikan Puteri Solimya tersebar luas di keseluruhan pulau Luzon serta pulau-pulau yang berdekatan. Ramai raja-raja, putera-putera serta anak-anak golongan bangsawan yang datang dari jauh semata-mata ingin menyaksikan kecantikan Solimya dan tidak kurang juga yang datang merisik untuk menjadikannya sebagai suri hidup masing-masing. Namun, segala peminangan ditolak bulat-bulat oleh Solimya dengan alasan puteri itu belum bersedia untuk berumahtangga. Raja Soliman amat risau dan kecewa dengan tindakan Solimya, akan tetapi baginda tetap akur dan menghormati kehendak anak kesayangannya itu.
Pada suatu hari, Puteri Solimya mengajak para dayang-dayang istana untuk bersiram di tepi sungai berdekatan dengan istana Raja Soliman. Ketika mereka sedang leka bersiram serta bercanda, Solimya tidak menyedari bahawa sepasang mata sedang memerhati gerak gerinya. Jejaka tersebut sebenarnya tidak sengaja ketika lalu di kawasan itu kerana pemuda tersebut sedang memburu haiwan di hutan.
Pemuda itu telah jatuh hati pada Solimya dan mulai bersembunyi di dalam semak setiap kali Solimya datang untuk bersiram di tepi sungai itu. Pada suatu hari pemuda itu cuba untuk menyorok pakaian Puteri Solimya dan ketika para dayang sibuk mencari pakaian puteri, pemuda itu keluar lalu memperkenalkan dirinya kepada puteri itu. Solimya pada mulanya agak terkejut dengan tindakan pemuda itu, namun kemudiannya setelah mendengar penjelasan dan luahan perasaan pemuda itu, Solimya juga mula jatuh hati pada pemuda tersebut. Mereka mula berjumpa tanpa pengetahuan Raja Soliman.
Bak kata pepatah orang-orang tua, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Raja Soliman dapat menghidu perbuatan Solimya yang mencurigakan itu. Raja Soliman menjadi lebih terkejut apabila baginda mendapat tahu pemuda yang dicintai oleh Solimya itu merupakan anak kepada salah seorang musuhnya yang tinggal di sebuah pulau yang terletak agak jauh daripada kawasan jagaan Raja Soliman.
Maka Raja Soliman menitahkan agar pemuda itu ditangkap kerana menyangka pemuda itu adalah pengintip bagi pihak musuhnya. Ini menyebabkan Solimya berdukacita atas tindakan melulu ayahanda yang disayangi serta kasihnya pada pemuda itu. Raja Soliman menjatuhkan hukuman mati ke atas pemuda itu iaitu dengan meletakkan pemuda itu ke dalam sebuah guni serta kaki dan tangannya digari pada sebuah batu yang berat. Kemudian Raja Soliman menitahkan agar pemuda itu dicampak ke dalam laut.
Pada malam sebelum hukuman dijatuhkan, Puteri Solimya menyelinap ke dalam tempat tawanan untuk berjumpa dengan kekasihnya. Oleh kerana terlalu sedih dan tidak sanggup untuk berpisah dengannya, maka Puteri Solimya juga masuk ke dalam guni tersebut lalu berpelukan dengan kekasihnya. Keesokan harinya, sebelum fajar menyinsing, para pengawal mengangkat guni tersebut lalu mencampakkannya ke dalam laut. Ketika guni berisi Solimya dan kekasihnya hanyut ke dalam air, salah seorang daripada dayang menyedari kehilangan Solimya. Setelah puas mencari Solimya, barulah mereka menyedari bahawa Solimya telah pergi berjumpa dengan pemuda itu. Lalu para pengawal diarah untuk mendapatkan kembali guni berisi pasangan kekasih itu. Ketika mereka diangkat ke atas kapal, kedua-dua pasangan itu sudah tidak bernyawa.
Raja Soliman mula menyedari bahawa tindakannya menghukum pemuda itu tanpa usul periksa telah mengorbankan nyawa puteri kesayangannya juga. Mulai pada hari itu, Raja Soliman nekad untuk berdamai dengan bapa pemuda itu yang juga seorang pahlawan di pulau yang jauh daripada kepulauan Luzon.





Jadi, pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini adalah:


1) Jangan berlagak sangat apabila sudah pegang kuasa.


2) Jangan manjakan sangat anak-anak.


3) Jangan mandi tepi sungai jikalau sudah ada jamban dalam rumah.


4) Jangan mudah jatuh hati pada pandangan pertama.


5) Untuk para jejaka terhangat di pasaran, tolong jangan usik anak dara orang.


6) Jangan tunjuk berani dengan masuk ke dalam guni dan membiarkan diri dibunuh.


7) Jangan gaduh dengan jiran. Tidak baik untuk kesihatan.


8) Fikir sebelum bertindak, periksa sebelum syak seseorang.




**Jikalau ada yang hendak menambah pengajaran daripada kisah menyayat hati ini, sila-silakanlah tinggalkan komen anda ya. Terima kasih.
(P/S: Minta ampun banyak-banyak, disebabkan tiada gambar Puteri Solimya, maka saya meminjam imej Tristan dan Isolde, pasangan yang menerima nasib yang sama!)

Monday, November 23, 2009

Back in action!


Fuh! Dah hampir 2 bulan aku tak update blog aku yang hina-dina ni (humble konon!). Ini semua gara-gara diploma showcase and final projects dan examination. Tak tau samada aku lepas atau sangkut. Aku dah selamat kena intebiu untuk degree program nanti. Nampak gaya, aku kena menghuni Puncak Perdana untuk beberapa tahun lagi. Bayangkan seksaan yang bakal aku tempuhi (lagi) lepas ni.


Kalau berjaya lepas level diploma ni, aku akan bakal mengikuti program ijazah sarjana muda dalam pengarahan teater di fakulti yang sama. Menurut kata guru-guru yang menemuramah aku beberapa minggu lepas, aku mungkin akan mengurangkan masa di fakulti paling-paling pun 2 tahun setengah. Itu kata mereka. Kita tunggu dan lihat sahaja lepas ni.


Kalau aku nak cerita balik pasal diploma showcase hari tu, aku rela berdiam diri kerana persembahaan itu bukanlah yang perlu dibanggakan, malah terlalu banyak komplikasi yang berlaku sepanjang persediaan serta semasa produksi teater tersebut. Malas nak cerita, lebih baik dipendamkan sahaja cerita lama itu.
Apapun, life has got to go on. Aku sekarang sedang mempersiapkan diri untuk satu lagi persembahan teater di Kuala Lumpur pada bulan Januari tahun depan. Pementasan ini juga adalah untuk tujuan amal kebajikan bagi Rumah Tasputra yang terletak di Ampang Hilir. Rumah kebajikan ini menempatkan beberapa kanak-kanak yang kurang upaya dan penjaga rumah tersebut adalah rakan baik kepada pengarah artistik yang juga mentor aku, Tn. Hj Kamran Ali. Pementasan ini pernah dipentaskan pada tahun lepas. Whoa! Willow, ya, itulah dia tajuk naskhah yang bakal dipentaskan di Oditorium DBKL pada awal tahun depan. Aku diberi tanggungjawab untuk menjadi salah seorang watak 'principal', Ya, ianya merupakan pementasan muzikal fantasi.
Di sini, aku kepilkan sekali ulasan atau laporan mengenai
showcase Lingakaran Kapur, atau tajuk asalnya Caucasian Chalk Circle, karya Bertolt Brecht, seorang aktivis teater Jerman yang terkenal suatu ketika dahulu. Karyanya yang paling popular adalah Mother Courage. Cek lah kat Internet sendiri okay.
Baiklah, cukup sampai di sini sahaja.


Tuesday, September 29, 2009

Michelle Obama to women: Do what makes you happy


By DARLENE SUPERVILLE, Associated Press Writer Darlene Superville, Associated Press Writer – Mon Sep 28, 11:21 am ET
WASHINGTON – First lady Michelle Obama says women should do what makes them happy, a lesson she says she learned after realizing her two children, her husband and her physical health feed off of her good moods.
In an interview appearing in the November issue of Prevention magazine, Mrs. Obama discusses the meaning of good health, aging and her exercise, diet and beauty routines. She sat for the interview at the White House in late July.
Mrs. Obama says she learned "what not to do" from her mother, Marian Robinson, who now lives at the White House.
"She'd say being a good mother isn't all about sacrificing. It's really investing and putting yourself higher on your priority list," Mrs. Obama said. She said Robinson put her own two children first, sometimes to the detriment of herself.
"She encouraged me not to do that," Mrs. Obama said.
The first lady said there are many facets to good health — physical, internal, emotional, diet — and all are intertwined.
"Throughout my life, I've learned to make choices that make me happy and make sense for me. Even my husband is happier when I'm happy," Mrs. Obama said in her first interview with the women's health monthly. "So I have freed myself to put me on the priority list and say, yes, I can make choices that make me happy, and it will ripple and benefit my kids, my husband and my physical health."
"That's hard for women to own. We're not taught to do that," she added. "It's a lesson that I want to teach my girls."
Asked for a definition of happiness, Mrs. Obama said it's when daughters Malia, 11, and Sasha, 8, "are good and when my family is whole." She expressed relief that early in the year after moving from Chicago the girls came and told her they liked living in the White House.
"My happiness is measured against theirs. When they're in a good place, I feel really good," she said.
Mrs. Obama, who is 45 and appears on the magazine's cover, also said she has no fear about getting old.
"To me, with age, everything has gotten better," the first lady said.
She strives to be "on the cusp of being in the best shape that I can be" in, but has found she needs to work a little harder at it the older she gets. As a result, she has begun to incorporate more Pilates moves and stretching into her workouts to maintain flexibility.
Mrs. Obama also is working on balancing out her diet, which she said has "no absolute no's."
"Overall, it's good, but there are some great bakers" at the White House, she said, noting that pie is always available. "So for me, it's about setting up new boundaries. I had some challenges with that, but I'm balancing out."
The November issue of Prevention hits newsstands on Oct. 6.

Saturday, September 26, 2009

Velvet Fingertips (Original)

My latest obsession..Chris Cendana! I love this song so much! Enjoy this song ya!